Bila si Trex mengganas d dapur ... :PP

Hari ni memandangkan akak takde kat rumah, jadi aku cuba menyibuk2 tlg mak kat dapur. hahah (sgt xle blah ble aku msuk dapur) ^^"
 Hari ni aku blaja 2 resepi yg "terbaek dari ladang" dari mak. ahakzzzz. Kerabu timun & Sup fishball. Memang senang. Simple tapi sedap. Sesuai utk org bujang / org yg xreti / xpenah masak. (mcm aku)
Kalu tibe2 nak amek hati family tu boleh la masak mskn2 simple camni . LOL

Kerabu Timun

Bahan2nya:
Timun - 1 batang, diparut
Taugeh - 1 mangkuk (xletak pon tape)
Kelapa yg dah mesin- 1 mangkuk
Bawang besar - 1 bijik, hiris bulat2 
cili - 2 bijik, } tumbuk ngan lesung smpai hancur 
udang kering 50 gm (kalu suka letakla)} tumbuk skali ngan cili
garam - 1/2 sudu kecik
gula - 1 sudu besar
mangkuk - 1

Cara2nya:
1. Masukkn kelapa yg dah mesin tu dlm blender. Pastu blender la smpai lumat.

2.Sile masukkan 
  • -timun yg dah diparut, 
  • -taugeh, 
  • -kelapa yg dah blender, 
  • -cili yg da tumbuk ngan udang kering tu
ke dlm bekas.Pastu gaul smpai sebati ek.

3.Pastu letak garam. Gaul lagik. Letak gula plak. Try la rasa2, kalau pedas sgt tambah la asam limau.(jgn letak asam boi lak :P)  

4. OK!! Siap!! Sementara tunggu waktu makan tu simpan la dlm peti ais utk mmastikan kesegaran. mcm motto kte tu, TERBAEK DARI LADANG !! hahah


Sup Fishball (simple, x payah tumis pon)

Bahan2nye:
Air - 2 mangkuk
Fishballs - ske ati la nak bape ketul, tiap ketul kerat dua
Celery - 2 batang, potong pndek2 (boleh ganti ngan carrot)
Daun sup -  2 tangkai, potong halus2
Bawang besar 1/2 bijik, dipotong suka2 ati
1/4 kiub ayam
Garam - 1/2 sudu kecik
Periuk - 1 da cukup

Cara2nye:

1. Masukkan air dalam periuk.
2. Masukkan fishballs dlm periuk.
3.Masukkan celery yg da potong tadik.
4.Masukkan garam, pastu masukkan kiub ayam (jgn masukkan seketul gedabak tu, 1/4 kiub da ckup).
5. Biarkan selama 5 minit / sampai fishball masak.
6. Last skali, masokkan daun sup & bawang yg da dpotong.
7. SIAP!!! Boleh masukkan dlm mangkuk n terus hidangkan. (^_^)


Air Sarsi (da bosan ngan sirap :P)
Bahan2nyer:
Kordial Sarsi
Air masak
Ais sesuka hati
Jug

Cara2nyer:
1. Tuang kordial sarsi dalam jug. Sila folow sukatan kat bgkusan kordial tu erk. :PPP
2. Tuang air masak agak2  3/4 memenuhi jug. Cuba rasa, kalu tawar, tmbah lagik kordial / gula sikit.
3. Tambah ais ketul. Ok da siappp!! Da boleh dihidangkan kat meja makan.

Okeh skrg sume2 ni boleh dihidangkan n makan bersama nasik!! nyum2x.. hahah
p/s: errr nasik sume org taw msk kan ?? (klu xtaw pon wat2 taw jer, ahakss :P)


okeh ni la rupa Kerabu timun & Sup fishball
pix ni amek slps makan yer, asalnyer wat byk, tp anak2 sedara aku da pulon mkn
 (ececeh nak kata sedap la tu .. :P)


Okehh !! TTFN n selamat beramal !! (^_^)

*ulang suara lagik skali, sy cume assistant chef td yer.. mak tetap ketua chef. (^_^)



2 comments:

asdsahar said...

TTFN tu apa?..hahaha!..owh! sgt sedap lah!

trex kiut said...

sory for late reply ..
tata for now .. ^_^
wahhh tenkiu2..