Segmen TTT - Bagaimana untuk plug in My1Stop Catalog widget di blog anda

Actually ni slot pertama TTT (Tutorial Time with T-rex) 
Segmen TTT ni kiranya macam "HOW TO" segment la .. All about My1Stop Virtual Shopping Mall.
Jadi lepas ni banyak lagi slot2 TTT ni yang akan ditulis ... hehe .. So, nantikan !! (^_^)

Memandangkan marketing tools kat My1Stop.my ni sesuatu yang baru bagi peniaga online kat Malaysia ni, saya dapat faham kalau seller masih tidak mahir nak gunakan marketing tools kat My1Stop secara optimum untuk nak pasarkan produk. Jadi segmen TTT ni diwujudkan untuk memudahkan seller untuk guna marketing tools & tools lain,  & krew My1Stop baru-baru ni jugak dah upload video demo pasal cara nak gunakan marketing tools yang ada kat My1Stop. =)

Marketing tool yang saya nak highlight untuk slot pertama TTT ni, pasal Catalog Widget.
 My1Stop Catalog Widget fungsi dia sebagai katalog yang paparkan produk-produk yang ada kat e-store anda ataupun mana-mana e-store lain (tu bergantung kat settings yang anda pilih) dan Catalog Widget ni dipasang pada blog anda. (Sila tengok sebelah kanan dalam blog ni, yang display banyak2 barang kat My1stop tu .. haaa.. tu la die catalog widget :D)   

Apa pentingnya My1Stop Catalog Widget ?
  1. Memudahkan pengunjung blog anda melihat PRODUK-PRODUK TERBARU di e-store anda.
  2. Memudahkan pengunjung blog anda TERUS MEMBELI dengan hanya klik pada produk tersebut.
  3. Menjadi PAYMENT GATEWAY untuk pengunjung yang berminat membeli produk anda untuk terus membayar menggunakan kad kredit atau online banking. 
  4. Melayakkan blog anda untuk tersenarai dalam Affilliates Blog list kami di mana link blog anda akan dipromosikan dari semasa ke semasa SECARA PERCUMA kepada RIBUAN pengguna yang melanggan Newsletter My1Stop.
  5. Apabila pengunjung blog anda klik pada My1stop Catalog Widget dan membuka e-store berbayar di My1Stop, anda akan memperolehi KOMISYEN sehingga 30%. (Program Affiliate a.k.a. reselling).


Okeh .. Jadi dah tak sabar kan nak pasang Catalog Widget ni ??
Kat bawah ni disertakan video demo untuk anda rujuk.


Kalau ada sebarang masalah bila nak gunakan widget ni, sila hubungi My1Stop Crew kat sini.

Kalau anda dah guna widget ni kat blog anda & nak disenaraikan sebagai affiliate kami, dan inginkan promosi percuma yang dah disebutkan kat atas tadi, klik kat sini .

Jadi Selamat Mencuba! Semoga  online biz anda makin maju !! (^_^)
Jumpa lagi untuk next TTT segment .. hehe




Kengkawan, jom follow blog My1Stop !! (^_^)

0 comments: